
Sulit
4 tahun
Perut sering pedih kadangkala berhari2
Salam sejahtera doctor,
Saya wanita berumur 27 tahun. Sy mengalami pedih di perut selepas sy mengamalkan minum susu anlene setiap hari pd waktu pagi (kdg kala ketika perut kosong) lbh kurang selama 2 minggu. Sy berhenti selepas perut sy pedih berpanjangan… Fyi sebelum ini sy tdak pernah sakit perut krn minum susu. Sy pikir perut sy masuk angin tp bila Sy mkn dan minum pun masih sakit. Utk makluman, sy jarang minum air bergas, gula, mknann pedas dan fast food. Adakah sy mengalami gastrik? Kalau ia gastrik, adakah sy akan dpt sakit ini berulang?
Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sakit perut, seperti:
- Lactose intolerance
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Ulser perut
Berkenaan soalan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai penyakit gastritis berdasarkan soalan sahaja. Maklumat mendalam dan pemeriksaan fizikal dan klinikal perlu dilakukan untuk mengetahui mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan.
Berkenaan penyakit gastritis, ia boleh berulang sekiranya tidak dirawat dan dikawal. Penyakit ini boleh dikawal dengan makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan juga dengan menggunakan ubat-ubatan. Untuk ubat-ubatan, anda perlu mendapat preskripsi oleh doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.