Sulit
3 tahun
Perut terasa gerak2 walaupun sedang menggunama. Kaedah perancanv suntika. 3bulan sekali
Selamat ptg dokter, nama saya Nurul sudah 2bulan ini perut saya rasa macam ada yg bergerak kadang2 terasa geraka nya dan kadang tidak… Saya heran sebab saya pengguna cucuk perancang yg 3bulan sekali tu… Apa masalahnya ya dokter? Suami saya pun tinggal jarak jauh dengan saya… Terakhir berhubungan dgn suami 21hb4 dan tarikh temu janji cucuk perancang saya 26hb4
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ianya berkemungkinan hanya kekejangan otot pada abdomen. Namu begitu, sekiranya anda musykil sama ada anda mengandung atau tidak, saya sarankan untuk anda melakukan ujian UPT bagi mengesahkan kehamilan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.