Sulit
4 tahun
Perut tidak selesa dan keputihan
Hai doc. Saya wanita berusia dalam 20an. Baru baru ni saya mengalami masalah senggugut selepas period. Dn selepas period saya mengalami masalah keputihan yg berwarna keputihan dan kadang kadang kekuningan. Selepas 3 hari saya habis period saya keluar darah period lagi sekali dlm sehari. Darah keluar mcm hari pertama period. Selepas sehari tu, darah tidak keluar lg tetapi hanya keputihan yg berwarna kekuningan. Dan sakit seperti senggugut dan perut tidak selesa masih lagi terasa sampai sekarang selepas lebih seminggu habis period. Perut saya bila ditekan rasa agak keras. Boleh saya dapatkan penjelasan dan cadangan doc utk masalah saya ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.