Sulit
3 tahun
Pil loratadine&ceritizine
Hi, saya telah ambil pil cetirizine, malangnya masih lagi bersin-bersin. dan sekarang saya mahu cuba ambik pil loratadine pula. berapa jarak jam perlu saya tunggu untuk ambil loratadine pula? tq doctor
3 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Untuk pengetahuan anda, pengambilan Loratidine yang disarankan bagi seseorang ialah sebanyak 10 mg sehari. Jika simptom anda tidak kebah setelah mengambil ubat ini, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar bagi masalah yang anda alami. Perlu untuk diketahui bahawa masalah selsema boleh berpunca daripada sakit berikut:
- Allergic rhinitis (resdung) alergi akibat sejuk, habuk, makanan
- Non-allergic rhinitis seperti drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
- Jangkitan virus
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.