Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pil Mercilon Pada Kandungan 3 minggu

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Ogos 3, 2022 2:01 PM

Sulit 7 bulan

Hai doc, saya dan isteri adalah pengantin baru… saya mendapati isteri saya telah hamil dan kandungan berusia 3 minggu, atas faktor kewangan kami masih belom mampu untuk menimbang cahaya mata lagi… saya ingin bertanya, adalah Pil Mercilon masih berkesan pada isteri yg hamil usia lingkungan 3 minggu? TQ

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 7 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Anda bertanya tentang kegunaan pill mercilon. Saya akan cuba membantu.

Untuk makluman anda, pill mercilon adalah pil perancang kehamilan jenis hormon yang berfungsi untuk mengelakkan kehamilan. Ini perlu diambil sebelum kehamilan berlaku.

Sekiranya kehamilan telah berlaku, isteri anda tidak boleh mengambil pill ini lagi.
Sila rujuk kepada doktor dan unit kaunseling sekiranya anda memerlukan bantuan tentang kehamilan ini.

Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Wed Aug 03 2022 14:01:37 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang perancangan keluarga secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.