
Sulit
3 tahun
Pil perancang beli pada bulan 3 tpi mkan pada bulan 10
Saya sudah lama tidak bersama dengan suami jadi ubat yang saya beli pada awalnya saya hanya simpan . Ubat tu sudah melebihi 6 bulan . Selepas kepulangan suami saya , saya bru mengambil ubat tersebut jdi adkah ubat itu masih berfungsi dgn baik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pil perancang biasanya expired dan kurang berkesan selepas satu tahun dari tarikh penghasilannya. Oleh itu, ubat perancang anda mungkinnya akan berfungsi, namun, fungsinya mungkin kurang berkesan dari biasa.
Anda boleh cuba ambil pil perancang kecemasan seawal mungkin untuk memastikan kesan perancangan. Pil perancang kecemasan boleh memberikan kesan perancang sebanyak 95 peratus sekiranya ia diambil seawalnya dalam 24 jam; dan sebanyak 85 peratus, digalakkan ambil sebelum 48 jam. Pil atau dos kedua perlu diambil dalam jangka 12 jam selepas pil pertama. Sekiranya anda memathui cara pengambilan ubat ini, perlindungan dari kehamilan adalah tinggi.
Sekiranya haid anda lewat 2 minggu atau lebih dari tarikh sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kehamilan seperti UPT untuk saringkan status hamilan anda. Sekiranya keputusan UPT adalah negatif, mungkinnya period lambat adalah kesan sampingan penggunaan pil perancang.
Anda juga boleh merujukkan masalah ini kepada doktor sakit puan untuk dapatkan nasihat lanjut serta membantu anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.