Sulit
6 tahun
Pil perancang dan kesannya
Sy berumur 29tahun… Utk pngetahuan, sy telah mengambil pil perancang Yasmin dlm 4bulan… Namun pada bulan ini sy tidak dtg period melebihi 2mgu… Sy telah membuat upt sebanyak 8kali dan semuanya negative… Tp sy ad gejala mual2…adakah ianya normal? Adakah pil perancang memberi kesan keatas hormon hcg n upt?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan seperti:
- mual dan muntah (kehamilan biasanya menyebabkan muntah pada waktu pagi)
- sakit kepala
- kembung perut
- berat badan meningkat
Terdapat pelbagai sebab UPT menjadi negatif:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
sila klik pada link ini untuk mengetahui cara menggunakan UPT dengan tepat.
(Ujian kehamilan)
anda disarankan untuk menjalankan ujian ini pada waktu pagi.
Sekiranya anda merasakan masalah ini masih berlaku, anda boleh makan ubat tersebut pada waktu malam bagi mengelakkan mual/loya.
**Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima Kasih.



































