Sulit
6 tahun
Pil Perancang Kehamilan
Saya baru mula makan pil perancang Cerazette , saya baru dapat tahu yang saya telah tersalah makan , pil yg keempat terakhir itu rupanya tiada function utk menghalang kehamilan, saya telah bersama suami dan hari keesokannya dan lusa saya makan pil yang 4 terakhir tiu. Jadi saya pun terus makan pil postinor. adakah ada effect lain? adakah saya boleh teruskan makan pek baru cerazette macam biasa? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami memerlukan makluman lanjut bagi menjawab persoalan anda. Anda boleh bercakap secara terus dengan kami. Jika anda menggunakan pil perancang kehamilan, anda hanya perlu makan semua pil seperti yang diarahkan.
Anda tidak perlu risau mengenai kandungan dan fungsi setiap pil. Doktor ada sebab tersendiri dalam memberikan jadual atau cara pengambilan ubat tertentu. Walaupun pil terakhir tidak berfungsi mencegah kehamilan, anda tetap perlu ambil. Ini bagi memudahkan pengambilan dan merendahkan risiko terlupa pil dalam usaha mencegah kehamilan.
Jika anda terlupa pil sebelum 12 jam, anda perlu makan terus pil yang anda lupa dan teruskan pengambilan pil lain seperti biasa. Jika melebihi 12 jam, anda perlu lakukan cara seperti diatas dan mungkin anda terpaksa memakan 2 pil dalam satu hari.
Memandangkan anda telah bersetubuh, lebih selamat anda mengambil pil kecemasan iaitu pil postinor 2 dalam tempoh 72 jam setelah bersetubuh. Setelah itu anda boleh teruskan pengambilan cerazette seperti biasa.



































