Shafiqaheiqah99
4 tahun
Pil perancang yang perlu saya ambik
Saya cucuk depo untuk perancang keluarga saya dah 3 bulan tak datang period dan lagi 2 hari sya nak cucuk depo kali 2 tapi saya takut period saya tak datang dan berat badan saya naik dengan mendadak.Saya ada baca kerajaan pil perancang jasmin ramai yang kata pil itu sangat bagus so saya ingat kali kedua ni saya nak ambik pil perancang Jasmine apa pendapat doktor dan boleh sya tahu satu kotak pil perancang jasmin tu boleh tahan satu bulan ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan,pil perancang jenama tersebut mempunyai 21 biji pil dan mengandungi dua jenis hormon. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
- haid tidak teratur
- emosi tidak stabil
- berat badan meningkat
- sakit kepala (jika anda ada migrain tidak digalakkan untuk mengambil pil tersebut)
Terdapat pelbagai kondisi yang tidak membolehkan anda untuk mengambil pil ini. Antaranya:
- Migrain dan aura
- Tekanan darah tinggi
- Pernah mengalami darah beku
- Perokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.