Sulit
5 tahun
Pil yasmin dan perlindungan
Saya baru start pil yasmin. Adakah first day ambil pil ini, tiada perlindungan jika saya bersama dgn suami. Adakah suami perlu memakai kondom? Sehingga brp hari pengambilan pil ini, suami perlu terus memakai kondom.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda akan dilindungi daripada kehamilan jika anda mengambil pil ini seperti yang disarankan. Pasangan anda tidak perlu menggunakan sebarang kondom melainkan anda terlupa mengambil pil tersebut sepanjang 21 hari pil tersebut perlu diambil.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































