
Anonymous
4 tahun
Pinggang sebelah kanan sakit hingga turun ke lutut sebelah kanan
Saya gadis 20tahun sejak awal tahun mengalami sakit pada bahagian pinggang. Namun, sakit terse but semakin hari semakin teruk. Sy suda ke klinik, doktor hanya memberi ubat sendi dan tahan sakit. keadaan ini me buat sy suka utk bekerja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Tambahan pula kesakitan ini mengganggu aktiviti harian anda, maka amat perlu untuk anda mendapatkan penyelesaiannya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.