
Sulit
5 tahun
Pitam, lightheadedness
hi doc… sy wanita berumur 26 tahun dan belum berkahwin. saya sering merasa cepat lelah, pening kepala dan pitam jika posisi badan berubah, agak susah untuk concentrate, mata sering berkunang kunang, sometimes rasa mual dan loya tanpa sebab, sometimes juga rasa pernafasan cepat dan pendek, dan sering merasa haus. Saya juga merasa cepat merasa cramp di bahagian kaki dan tangan tetapi selalunya di bahagian kaki. Boleh saya tahu kenapa dan bagaimana untuk prevent? tq doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- anemia yaitu kurang darah
- dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang vitamin dalam diet
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu aktiviti dan rutin harian anda. Maka sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.