Sulit
3 tahun
Positif Covid19, tidak bergejala, tekak berkahak
Saya disahkan positif covid19 pada 24 jan lalu, walau bagaimanapun saya tidak mempunyai gejala seperti batuk, sakit tekak atau pun demam. Memandangkan saya masih menunggu panggilan dari KKM, saya perlu tujukan soalan ini pada doc. Adakah tekak berkahak adalah gejala untuk virus ini?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaupun anda tidak mengalami gejala COVID-19, secara purata, gejala akan muncul selepas 5 hari dijangkiti virus ini. Permulaan gejala boleh berlaku dalam tempoh 2-14 hari selepas dijangkiti.
Anda boleh hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) jika mempunyai sebarang masalah. Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan kuarantinkan diri mengikut SOP yang ditetapkan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini