Sulit
4 tahun
Positive covid-19 . Kuarantin selama 10 hari di rumah . Mahu melakukan swab test di kerajaan
Saya menjalani kuarantin 28/7-8/8 dirumah . Sebelum ptong gelang . Boleh ke saya buat swab dia klinik kesihatan untuk memastikan saya negative ?? Ataupun ada prosedur lain ? Mungkin kadar kebolehjangkitan rendah . Tapi untuk lebih berhati hati
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kegelisahan anda yang sedang menjalani kuarantin di rumah.
Untuk makluman anda, mengikut saranan KKM, ujian swab Covid hanya dijalankan untuk individu yang bergejala. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya seseorang individu dijangkiti virus ini, kadar kebolehjangkitan akan menjadi sangat rendah selepas tempoh kuarantin 10 hari. Oleh itu, ujian swab tidak menjadi kewajiban, kecuali jika individu tersebut masih bergejala. Namun, anda masih boleh mendapatkan ujian swab untuk mendapatkan kepastian sekiranya anda ingin melakukanya. Anda boleh mendapatkan temujanji di klinik kesihatan yang berdekatan. Anda boleh menghubungi CAC (Pusat Penilaian Covid-19) yang berdekatan dengan anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini unutk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































