
Sulit
4 tahun
Postinor vs Ella ? Mana yang lagi berkesan?
Hi saya berumur 24 dan baru berkahwin. Saya ada baca tentang pill postinor dan ella. Saya ingin bertanya keberkesanan antara 2 pill tersebut. Pada 25/7 suami saya melepaskan di luar. 26/7 terlepas didalam. Jadi saya ingin bertanya sama ada pill postinor atau ella patut saya ambil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil postinor dan ella adalah keduanya pil peracang kecemasan. Ianya berkesan dengan melambatkan ovulasi agar tiada penghasilan telur untuk disenyawakan dan harus diambil secepat mungkin selepas hubungan seks tanpa perlindungan.
Keberkesanan pil ini untuk mngelakkan kehamilan adalah sebanyak 95% jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Oleh itu, sekiranya anda mengambil pil ini dengan betul, peluang untuk anda hamil adalah nipis.
Manakala pihak kami tidak dapat untuk menjawab sama ada postinor atau ella adalah yang lebih berkesan keran keduanya hanyalah berbeza dari segi jenama.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.