
Sulit
4 tahun
Preggnant y ada cyst dan buasir
Sy brusia 27, sy dh hamil 4 stlh mnggu 3 thun. Ap y mrisaukn sy adlh mslh cyst,endometriosis serta buasir. Sjak perggy sy sllu smbelit. Boleh x sy ambil ubat utk buasir. Then mslah cyst tu dpt kecut x?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa ubat yang boleh digunakan untuk merawat buasir sewaktu hamil, saya nasihatkan anda untuk berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan ubat yang sesuai dengan keadaan anda.
Bagi mengatasi masalah sembelit ini, saya sarankan untuk:
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Untuk cyst yang terhasil disebabkan endometrosis, ia boleh hilang jika ia bersaiz kecil. Ada juga ubat untuk mengecilkan saiz cyst, tetapi cyst yang melebihi 1.5 inci dan tidak respon pada ubat akan dicadang untuk membuang cyst melalui pembedahan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.