
Sulit
5 tahun
Pregnancy 2 line tetapi period
sy berusia 39thn. hari pertama period t’akhir sy ade la pd 16/7/19. pd 13/8/19, sy tlh memeriksa upt. hasilnya adalah 2 line yg mane 1 drnye tidak pekat spt garis yg 1 lg.
2 hari kemudian, sy periksa lg. hasilnye tetap sama. namun pd hari ini (17/8), ade darah pd panty liner. darah berwarna hitam.
soslan sy, adakah keputusan dr upt yg sy buat 2 hari itu tidak tepat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa sebab mengapa ujianUPT boleh menjadi kabur atau mengelirukan:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Manakala pendarahan berwarna hitam yang anda alami boleh disebabkan faktor seperti pendarahan implantasi, masalah pembekuan darah, keguguran ataupun darah haid lama yang ter-oksida. Sekiranya perkara ini berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.