
Sulit
4 tahun
Pregnancy test ujian
Hye doktor…saya ingin tanya…saya sudah lewat haid dua hari dan sudah buat upt test di rumah…adakah saya betul² pregnant sebab ada 2 line yang timbul…perlu ke saya buat test lagi kalau dua minggu saya tak datang haid…yq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang ujian kehamilan. Untuk makluman anda, Terdapat beberapa cara untuk mengesahkan kehamilan anda. Ujian UPT (urine pregnancy test) adalah kaedah yang paling mudah dan kit ujian ini senang didapati di pasaran. UPT test ini juga menghasilkan keputusan atau bacaan yang tepat, yang boleh mengesahkan jika seseorang wanita mengandung atau tidak.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sekiranya terdapat 2 line, ianya bermaksud hasil ujian positif. Itu bermakna ujian mengesan hCG dalam air kencing anda. Langkah seterusnya adalah untuk berjumpa dengan doktor anda. Mereka boleh mengesahkan kehamilan dengan ujian dan ujian tambahan, jika perlu. Mendapatkan rawatan pranatal pada awal kehamilan anda memberikan peluang terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dan ibu yang sihat sebelum dan selepas kelahiran.
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih