
Sulit
4 tahun
Pregnant 7 weeks Dan air tebu
Bolehkah ibu hamil minum air tebu?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, ibu yang hamil boleh meminum air tebu. Namun, anda harus berpada-pada dengan diabetes ketika hamil (Gestational Diabetes) yang boleh berlaku sekiranya terdapat pengambilan gula yang berlebihan. Kami sarankan anda untuk mengelak makanan yang manis dan perbanyakkan mengambil makanan berfiber, asid folik, vitamin B, dan juga makanan kaya dengan zat besi (Ferous). Sejarah kesihatan harus diketahui lebih lanjut untuk memberi cadangan terbaik mengenai pemakanan anda sepanjang hamil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.