
Anonymous
5 tahun
Pregnant tetapi period
Saya ira umo 20an… Saya ada sedikit masalah tentang hamil… 2 minggu lepas saya ada buat ujian kehamilan dan ia menunjukkan positif dan semalam untuk konfirmkan balik saya ada pergi klinik untuk scan dan doctor kata semua ok dan saya pregnant cumanya saya perlu pergi balik dalam masa 2 minggu untuk scan balik.tpi masalahnya adalah, hari ni saya bleeding trok… Dan tadi saya ada buat ujian kehamilan sendiri dan ia menunjukkan double line… Saya keliru… Boleh doctor bantu saya? Adakah saya masih hamil atau sudah keguguran.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan pihak puan, antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, anda amat disarankan untuk follow up dengan doktor anda untuk memantau perkembangan pendarahan anda dari masa ke masa.
Untuk membuat kesimpulan mengenai isu tersebut, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan. Anda boleh merujuk masalah tersebut kepada pihak kami secara peribadi untuk konsultasi yang selanjutnya.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.