Sulit
4 tahun
Propanolol withdrawal symptoms
Ecg result saya T Abnormalities (flat t) doktor bagi saya propranolol 40 mg arahan makan 1/2 dua kali sehari saya cuma makan speruh saja iaitu 20 mg lps tu saya terus berenti makan…skrg dah dekat 2 minggu saya pening bangun dan jalan pun dah pening…bila withdrawal symptoms ni nak berakhir doktor saya ada baca yg propranolol ni tak boleh berhenti tiba2…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda, kami memahami bahawa anda ada masalah kesihatan serta diberi ubat Propanolol 40mg oleh doktor. Anda hanya mengambil dos separuh dan kini berhenti mengambil ubat tersebut beserta masalah simptom pening ketika bangun dan berjalan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Propanolol adalah sejenis beta-blockers yang sering diberikan untuk merawat penyakit seperti masalah salur darah serta jantung (cardiovascular diseases). Antara kesan sampingan beta-blockers adalah:
Mual atau muntah-muntah
Pening
Hypotensif postural
Kadar degupan jantung perlahan (bradycardia)
Memandangkan anda mengalami gejala hypotensif postural, saya menyarankan kepada anda supaya berbincang dengan doktor anda bagi menukar kepada rejim rawatan yang lebih sesuai. Hal ini kerana, penyakit seperti sakit jantung serta salur darah memerlukan rawatan seumur hidup.
Saya juga menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.




























