Sulit
4 tahun
Proses kemoterapi untuk pesakit kanser payudara
selepas proses kemoterapi kali pertama, tangan berasa sakit dan seolah tercucuk-cucuk. Adakah ini kesan sampingan yang normal ? perkara ini berlaku kadang kala, namun merisaukan saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh kesan sampingan kemoterapi. Hal ini kerana, antara salah satu kesan sampingannya adalah neuropathy (masalah urat saraf).
Selaiin itu, masalah anda juga boleh disebabkan oleh perkara lain. Antaranya:
Aliran darah yang tidak mencukupi
Trauma
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.
































