Sulit
5 tahun
Question about oral contraception
Hi…sy wanita berumur 34thn…berkahwin dan mempunyai 3org anak berusia antara 10thn - 9bulan…
Saya baru menggunakan pil perancang yasmine selama 1 cycle( 21biji)…hari ini hari ke 22 yang mana sepatutnya cycle mensus saya bermula…tp period tidak keluar dan untuk pengetahuan doctor saya dan suami memang tiada SI sejak LMP saya yang lepas…is it normal?dan bila saya perlu mulakan 2nd cycle ocp saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, Selepas habis satu pek pil ini, anda harus berehat selama 7 hari dan selepas 7 hari anda perlu meneruskan pek yang baru.
Antara kesan sampingan pil ini ialah mengubah kitaran haid, jadi normal bagi anda untuk mengalami haid lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































