Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Rambut gugur pada usia 20 tahun

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 28, 2020 12:37 PM

Sulit 11 hari

Sy remaja 20 tahun yg mrngalami rambut gugur yang sangat teruk. Dalam 2 tahun ini rambut sy gugur dengan mendadak. Apa perlu sy lakukan dan apa puncanya.

Dr Ramzdhan 42 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rambut gugur dan menipis boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Kelemumur
  • Tinea capitis; sejenis jangkitan kulat
  • Unbalanced diet akibat kekurangan iron ataupun vitamin
  • Anrogenic alopecia akibat ketidakseimbangan hormon
  • Penyakit autoimun

Sebetulnya, oleh kerana terdapat banyak sumber sehingga menyebabkan rambut gugur dan menipis, sebaiknya tuan mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang bersesuaian dan agar dapat dilakukan perawatan yang tepat sebelum anda mulai mengambil sebarang ubatan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 28 2020 12:37:44 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Keguguran rambut di bahagian atas serta hadapan Saya berumur 32 tahun, masalah keguguran rambut saya bermula sejak umur 20 tahun. Bolehkah saya mengambil Finasteride, atau tidak digalakkan? Baca lagi...
52 hari
Sulit
Rambut gugur bertompok Salam sejahtera… saya lelaki berumur 24tahun… saya mengalami rambut gugur yang banyak… bangun pagi tengok atas bantal banyak rambut gugur… lepastu, kat kepala jadi macam bertompok2 tempat yang… Baca lagi...
36 hari
Sulit
Masalah kebotakan rambut Sebelum ini saya pernah ambil propecia selama setahun tapi saya dapati kesan agak perlahan sangat,boleh tak saya nk bertukar kepada avodart dan apa kesan sampingan? Baca lagi...
44 hari
Sulit
Rambut gugur wanita Saya wanita 23 tahun mengalami keguguran rambut yang banyak. Rambut saya semakin menipis. Bagaimana pulihkan rambut gugur. Baca lagi...
33 hari
Sulit
Rambut berkelium yang teruk Saya berusia 20 tahun dan mempunyai masalah rambut gugur kerana berkelium. Sya mencuba menggunakan shampoo yg berkualiti . Apa yg terjadi ialah, rambut sy tidak berkelimumur lagi namun rambut gu… Baca lagi...
33 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi