Sulit
3 tahun
Rambut gugurr yang teruk
Saya perempuan berusia 21 tahun dn belum berkahwin. start penghujung tahun lepas , rambut sy gugur teruk dn bermula bulan 4 , keadaan makin teruk. Wktu basahkan/scrub rambut , boleh dikatakan >60 rmbut yg gugur. Dn bila keringkan rmbut pun sama tp tidak sebanyak wktu basahkan rmbut. Then, waktu tidur pun sama. Kalau bangun pagi , memang banyak rmbut lekat di sarung bantal. Wktu sikat rambut pn begiyu , seolah2 ianya bersambung gugur rambut. Dalam sehari ±150 jugak la, memang banyakk . Jdi soalan sy , apakah saranan doktor utk mengatasi masalah trsebut dn apakah punca masalah itu brlaku? Adakah disebabkan anemia memandangkan sy sering mengalami anemia di usia remaja dulu?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala rambut gugur anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang zat besi - juga boleh menyebabkan anemia
- Alahan rambut pada produk rambut
- Masalah hormon seperti kurang estrogen atau PCOS
- Tekanan fizikal/emosi
- Anemia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.