
Sulit
5 tahun
Rambut semakin nipis dan kelumumur berkuping
Hi doc, saya lelaki umur 28tahun. Saya ada masalah rambut menipis ni bahagian tengah kepala. Saya akui sejak umur belasan tahun kerap menarik rambut dengan jari dan selalu mencabut rambut gatal. Sekarang kesan rambut nipis semakin kelihatan dan baru-baru ni semasa shampu rambut, saya perasan rambut mulai gugur sendiri 4-5helai. Tambahan, saya juga alami masalah kelumumur yang berkuping. Pernah dapatkan rawatan namun selang beberapa bulan masalah ini datang semula. Saya perlukan nasihat doktor dan ubat untuk merawat masalah ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi dengan pihak kami adalah sangat terhad.
Namun begitu, masalah kelemumur ini adalah perkara yang lazim berlaku. Hal ini berlaku kerana kulit kepala menjadi kering. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah
- Menggunakan syampu anti-dandruff
- Jangan cuci rambut terlalu kerap atau terlalu jarang
- Lembapkan kulit kepala dengan menggunakan minyak rambut yang ada di pasaran
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, punca masalah yang anda hadapi haruslah diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.