Sulit
4 tahun
Rasa Gatal Di Celah Peha
setiap hujung minggu after period selalu rasa gatal lepas itu di Celah vagina jadi merah and bengkak:(( help to get rid of this , doctor:((
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kegatalan pada kemaluan boleh disebabkan oleh jangkitan yis yang juga dikenali sebagai vaginal candidiasis. Gejala ini juga boleh berlaku akibat penggunaan bahan yang menyebabkan alahan atau iritasi kulit seperti sabun dengan pewangi dan pewangi faraj. Ia juga boleh disebabkan oleh keadaan yang digelar vaginosis bakteria yang turut menyebabkan faraj keluar cecair kelabu keputihan dan berbau.
Gejala ini biasanya tidak serius dan boleh dirawat, namun rundingan dengan doktor adalah perlu bagi mendapatkan rawatan yang sesuai serta memastikan gejala ini tidak disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti jangkitan kelamin yang lain atau kanser vulva.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

































