
Sulit
4 tahun
Rasa loya, perut buncit, berat naik, denyutan nadi tinggi (90-100)
3 bulan saya tak datang priod tapi bile cek upt negative…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid.
Untuk makluman anda, selain hamil, haid tidak datang boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda tidak datang haid buat jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengetahui masalah sebenar anda. Sekiranya masalah haid anda berterusan, sila berjumpa dengan doktor di klin ik bagi mengetahui keadaan sebenar supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.