Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Rasa mahu demam tapi suhu badan saya 37.5c

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 5, 2020 2:19 AM

Sulit 2 bulan

Saya wanita umur19 tahun mahu bertanya… Kalau kita pergi ke tempat yang pernah didatangi seorang yang disahkan postif covid19…3 hari selepas orang itu disahakan positif covid saya ada pergi tempat orang yang disahkan positif covid… Adakah saya berisiko dijangkiti covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.

Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.

Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi dahulu gejala anda serta melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.

Untuk makluman anda, kami menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Anda juga boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Nov 05 2020 02:19:02 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Badan saya sakit sakit seperti rasa kebas dan juga ada kahak di tekak saya punya badan sakit sakit di sebelah kiri dan terasa kebas kebas dan saya juga ada kahak kadang kadang dia bahagian dada jugak ada rasa sakit adakah ini simptoms covid 19? Baca lagi...
29 jam
Sulit
Selepas kuarantin 10 hari di hospital & 4 hari di rumah , perlukah swab test untuk kepastian? Abang saya disahkan positif covid19 dan telah menjalani kuarantin 10 hari di hospital dan 4 hari di rumah . Semasa keluar dari hospital tidak melakukan swab test untuk kali ke 2 tetapi hanya dis… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Seorang frontliner. Got flu 5 hari yang lepas tapi sudah baik cuma sekarang hilang deria bau Saya wanita berumur 26 tahun dan seorang frontliner ward covid. Saya ada mengalami selsema sakit tekak, pening 5 hari yang lepas dan sudah baik sepenunya. Tetapi masalah yang saya takuti sekar… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Adakah saya mempunyai Tanda mengalami jangkitan covid 19 Batuk,sakit tekak, demam on off, sakit kepala dan selesema. Baca lagi...
26 jam
Sulit
Sakit tekak dan hidung tersumbat saya seorang ibu berumur 36 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 5 tahun dan 1 tahun 8 bulan. anak saya yang sulung mengalami selsema tanpa demam pada Khamis 14 Januari dan baru sahaja sem… Baca lagi...
2 hari