Sulit
3 tahun
Rasa mcm nk muntah tapi hnya keluar angin
Berumur 23 tahun, kadang2 masalah di atas adakah masalh ini terjadi di sebab kan stress or waktu permakanan yg tidak teratur? Sebab most of the time rasa nk muntah jadi time rasa stress or makan waktu tak menentu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
- perut bergas
- kembung perut boleh mengganggu keupayaan anda untuk bekerja dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial atau rekreasi.
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Berlapar-badan anda menghasilkan gas kerana tiada makanan untuk dicerna
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.