Sulit
3 tahun
Rasa mual dan berpeluh
Saya ada kencing manis dan darah tinggi
Adakala rasa mual atau loya. Kening berpeluh
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan puan berasa mual berpanjangan antaranya ialah:
- kehamilan
- masalah dalam perut seperti gastritis dan gastroosophageal reflux
- ketidakseimbangan elektrolit (lazim kerana makan tidak berkala)
- jangkitan kuman dan bakteria terutamanya keracunan makanan
- penyakit dalam telinga bahagian dalam seperti vertigo dan Meniere’s disease
Terdapat beberapa keterangan kami perlu tanyakan anda sebelum dapat mencapai diagnosis yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.