Sulit
3 tahun
Rasa mual, perut rasa penuh
Sy miscarriage on 12/11/20. Period sy 7/12/20.Cycle period sy 28 hr.Sy ada bersama suami. Sy dah 2 hr rasa mual bgn tidur n pd waktu petang,rasa perut penuh, pening adakah ini tanda2 sy mengandung semula?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keguguran. Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah kepada anda atas keguguran yang berlaku.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, kebiasaannya setelah keguguran berlaku, gejala kehamilan masih boleh berlaku akibat perubahan hormon sebelum ini. Selain loya, mual, perut rasa penuh, darah, dan susu badan juga boleh keluar akibat perubahan hormon yang berlaku. Anda tidak perlu risau kerana gejala ini akan beransur pulih.
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila jangan bertangguh untuk berjumpa Doktor di hospital atau klinik:
- Pendarahan yang banyak dan berterusan (darah di seluruh kain sarung atau berdarah memenuhi satu pada setiap dua jam)
- Sakit yang luar biasa
- Demam
- Pening kepala berterusan
- Pucat
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor yang merawat. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.