
Sulit
4 tahun
Rasa pening dah loya ketika belajar secara berpanjangan
Selamat sejahtera doktor, saya nak tanya kenapa saya kerap rasa sakit kepala yang mcm menekan tempurung kepala dan rasa mual bila belajar dalam jangka masa lama dan semasa menduduki peperiksaan? Saya hadapi perkara ini sejak awal sekolah menengah dan saya juga sukar untuk terlelap pada waktu malam seperti orang lain. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini amat lazim berlaku. Namun, sekiranya sakit kepala anda diiringi dengan masalah seperti di bawah, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Antaranya:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Selain itu, untuk masalah sukar tidur anda, ianya berkemungkinan disebabkan oleh insomnia. Masalah insomnia ini boleh diatasi dengan mengamalkan “Sleep hygiene”. Ianya adalah cara atau teknik untuk mendapatkan kualiti dan tidur yang secukupnya. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:
Tidur pada masa yang sama pada setiap hari
Bangun tidur pada masa yang sama pada setiap hari
Elakkan tidur pada waktu siang terutamanya pada waktu petang
Tutup lampu dan pintu yang boleh menyebabkan bilik tidur menjadi terang
Tidur dengan kadar yang cukup, contohnya tidur 8 jam pada setiap hari
Gunakan katil hanya untuk tidur elakkan buat aktiviti lain di atas katil seperti belajar, membaca dan sebagainya
Elakkan minum minuman berkaffein seperti kopi, air berkarbonat, teh dan sebagainya terutamanya selepas waktu petang
Elakkan dari minum minuman beralkohol
Berhenti merokok atau elakkan merokok sebelum waktu tidur
Elakkan daripada memandang skrin komputer, televisyen atau telefon bimbit sebelum tidur kerana ia boleh merangsang melotonin
Bersenam selalu sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari 5 kali seminggu
Elakkan daripada memaksa diri untuk tidur atau segera tidur jika masih tidak mengantuk
Dengan mengamalkan “sleep hygiene”, kualiti dan durasi tidur dapat ditingkatkan dan pesakit dapat merasakan kesan positifnya.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.