
jannahkhai
5 tahun
Rasa sakit di sekitar ‘bottom stomach’. Apa penyebabnya?
Hi docs,
Saya berumur 30 tahun, masih bujang.
Isu kesihatan yang saya alami adalah sakit dibahagian bawah perut sehingga ke ari-ari.
Sebelum ni saya kerap mengalami ‘bloated’ di bahagian bawah perut ni. Mungkin disebabkan faktor permakanan yang tak seimbang.
Suatu hari, tetiba dalam pukul 5pagi bahagian bottom stomach ni rasa sangat sakit sehingga kaki badan mengalami rasa yang tak menentu. Telah pergi ke klinik perubatan. Doc hanya bagi ubat tahan sakit perut. Tetapi sakit di bahagian bottom stomach ni berlanjutan di mana sekitar pinggang, kaki turut terasa sakit. Bila nak berjalan atau melakukan aktiviti harian turut berasa sakit dan bisa. Terasa macam urat pada bahagian kiri perut ni tersimpul atau membengkak. Mohon penjelasan atas kerungsingan saya ni. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Radang apendiks
- Sembelit
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Bagi wanita - kehamilan ektopik/Penyakit radang pelvis/ovulasi
Sekiranya anda mengalami demam, cirit-birit, najis berdarah ataupun kurang berat badan secara drastik, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.