
Sulit
4 tahun
Rasa seperti ada cecair keluar di bahagian tulang belakang
doc, saya perempuan 17 tahun dan sudah mengalami rasa sakit belakang hampir dua tahun,saya tkda la rasa sakit belakang pada setiap masa tp sering rasa sakit apabila duduk terlalu lama dan berdiri terlalu lama , kemudian saya rasa seperti ada sesuatu seperti cecair keluar dari tulang, boleh saya tahu kenapa dan bagaimana nk pulihkan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Scoliosis
- Osteoarthritis
- Rheumatoid arthritis
- Prolapsed intervertebral disc atau lebih dikenali sebagai slipped disc
- Spondylolysis
- Spondylolisthesis
Namun begitu, kami kurang jelas mengenai cecair yang keluar dari tulang seperti yang dimaksudkan oleh anda. Pemeriksaan lanjut dan maklumat lanjut perlulah diketahui untuk mengetahui punca masalah yang dialami oleh anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan anda mengalami masalah ini buat masa yang lama. Masalah tulang belakang perlu diberikan perhatian. Rawatan juga perlu berdasarkan punca dan diagnosis yang diperoleh oleh doktor. Setiap penyakit mempunyai rawatannya yang tersendiri.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.