
Sulit
5 tahun
Rasa sesak dada selama 2minggu lebih
Saya 30an,tiada demam cuma batuk ringan kadang2, tapi mengalami ketidakselesaan pabila bernafas sudah lebih 2minggu, rasa tidak selesa pada bahagian tengah dada, berlarutan setiap hari cuma rasa lega sementara apebila tidur & 1jam lepas bangun, pada skala 3-5 shj tapi rase itu prolong shingga rasa terganggu terutama bila sedang duduk @ baring.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, saya kurang pasti dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Namun begitu, masalah batuk dan sesak nafas yang anda alami boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Anemia - kurang darah merah
Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.