Sulit
3 tahun
Rasa tak puas bernafas,tetapi tidak sesak
saya remaja berumur 19 tahun dan saya juga adalah seorang perokok,dalam seminggu yang lalu saya mengalami sakit tekak,tetapi tidaklah lama dalam 2 atau 3 hari sahaja,saya seorang yg gemar menelah kahak dan jarang untuk membuangnya,selepas sakit tekak saya sembuh,saya mula rasakan seperti tarik nafas tetapi tidak puas,ia tidak mengganggu tidur saya,tapi saya rasa begitu risau sekali,apakah masalah kesihatan yang saya lalui doktor? dan apakah langkah² untuk saya buat ?
saya tidaklah sesak nafas,cuma rasa berat sahaja,nafas saya normal ketika tidur
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma itu sendiri
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.