
Sulit
4 tahun
Resah sehingga sakit dada
Saya remaja berumur 16tahun perempuan sentiasa berasa resah sehingga sakit dada seperti menangis tanpa air mata,tangan ketar dan berpeluh,takut dan cepat serabut bila duduk ditempat awam takut untuk eyecontact bila bercakap dgn sesorang, mudah marah bila orng bebel bising atau bernafas,sentiasa rasa lemah tiada rasa gembira atau kelakar bila ada benda yang lawak apa patut saya buat dan apa penyakit yg saya hadap?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mempunyai rasa resah, sakit dada dan pelbagai gejala yang membimbangkan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan mental dan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri