
Sulit
5 tahun
Research untuk manuskrip
Salam sejahtera. Saya sedang menyiapkan manuskrip novel dan perlukan maklumat tepat untuk karya saya.
Seorang wanita membuat pemeriksaan doktor. Disahkan hamil 3 bulan. Dalam masa yang sama doktor menemui masalah yang wanita itu punya kanser rahim (kurang pasti betul atau salah atau sepatutnya sakit lain yang lebih sesuai). Doktor cadangkan dia menghentikan kandungan dan rahim perlu dibuang atau kehilangan nyawa.
Soalan saya apakah penyakit yang sebetulnya dan sesuai dengan situasi ini?
Wanita ini rela untuk mengandungkan anak itu dan sanggup kehilangan nyawa demi membuktikan cinta dia pada suami. Anak yang dikandung selama dilahirkan secara pembedahan.
Terima kasih. Harap sudi membantu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kanser pangkal rahim adalah kanser yang paling kerap terjadi dalam kalangan wanita hamil. Selalunya bayi perlu digugurkan dan rawatan kanser perlu dimulakan. Namun yang demikian, dalam sesetangah kes, ada pasangan yang tidak mahu menggugurkan bayi mereka. Ini adalah hak pesakit, namun, risiko itu tinggi dan membahayakan bayi dan juga ibu.
Peringkat awal kanser membolehkan wanita yang mahu terus mengandung melahirkan bayi mereka secara normal, namun bagi ‘advance stage’ bayi hanya boleh dilahirkan melalui kaedah pembedahan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.