
sysyarifasha
5 tahun
Result ujian kehamilan
Saya wanita da berumur 23 tahun,masalah saya disini inginkan kepastian berkenaan ujian kehamilan saya. Saya ada membuat ujian kehamilan pada pukul 3 pagi dan mendapati terdapat kesan jalur negatif yang pekat. Selepas bangun dari tidur saya melihat kembali ujian kehamilan semalam dan mendapati terdapat seakan 2 jalur positif pula, adakah saya hamil atau itu cuma iya menyejat.Harap dapat membantu saya, terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.