
Sulit
5 tahun
Ringworm atau eczema
Anak sy umur 4 bulan 4 minggu. Sy dapati mcm ada ringworm. Mcm mana nak bezakan antara eczema dan ringworm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perbezaan ekzema dan ringworm adalah seperti berikut:
- ringworm boleh berlaku dimana-mana lokasi manakala ekzema boleh berlaku di pipi untuk bayi dan bahagian kepala
- ringworm mempunyai karakter yang jelas dilihat manakla ekzema tidak memiliki karakter yang kurang jelas untuk dilihat
- ekzema bersisik manakala ringwork kemerah-merahan dan berbentuk bulat/oval serta memiliki pusat yang normal. (Anda boleh melihat imej penyakit ini)
Kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor untuk mendapatkan pengesahan masalah yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.