
ainaaazfar
6 tahun
Risiko hyperthyroid
Sya wanita 28, sudah berkahwin dan mempunyai seorg anak lelaki brusia 5thun…sya pnghidap penyakit hyperthyroid & pregnant 2mnggu… Blh sya tahu risiko yg akn sya hadapi & adakah hyper merbahaya kpda janin…?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit hyperthyroid boleh memberi pelbagai risiko kepada kandungan dan kesihatan ibu sekiranya tidak dikawal. Antaranya:
- Kelahiran pramatang
- Bayi yang kurang berat
- Risiko pre-eclampsia
- Risiko thyroid storm yang boleh membawa kepada kematian
Anda amat dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor sakit puan tentang rawatan dan langkah berjaga-jaga bagi anda dalam menghadapi kehamilan ini untuk menghindarkan sebarang risiko.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.