
Sulit
4 tahun
Risiko jangkitan Hiv bagi pasangan yang tidak bertukar tukar pasangan
Saya seorang lelaki mempunyai seorang pasangan,telah bersama hampir empat tahun,saya pernah membuat Hiv test pada tahun 2015 dan 2017 dan keputusannya adalah negatif,manakala pasangan saya membuat test pada tahun 2018 juga negatif,kami mula bersama pada tahun 2018.jikalau saya,membuat test semula dan keputusan nya positif,adakah risiko jangkitan pada pasangan saya.atau adakah kemungkinan,dia tidak di jangkiti?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, HIV disebarkan melalui bendalir badan seperti darah, air mani, cecair pra-mani, cecair faraj dan cecair rektum. Oleh itu, seseorang boleh dijangkiti HIV sekiranya melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau mulut (sama ada dengan atau tanpa perlindungan) dengan pasangan yang HIV-positif. Risiko jangkitan HIV juga meningkat sekiranya seseorang mempunyai >1 pasangan seks dan sekiranya seseorang berkongsi jarum dengan orang lain, contohnya ketika menyuntik dadah. Wanita yang HIV-positif juga boleh menjangkiti anaknya ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusu.
Namun begitu, untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat hanya boleh dibuat dengan ujian darah HIV. Saya sarankan anda dan pasangan anda untuk membuat ujian HIV untuk mendapatkan kepastian jika anda berasa anda berisiko tinggi.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.