
zatinordin
5 tahun
Ruam berbentuk bulatan duli bahagian pipi
Anak saya berumur 4 bulan. Semasa usianya 2 bulan, pipi bahagian kanan nya merah berbentuk bulat, kering. Saya tak sapukan apa2. Kemudian, bulatan makin besar, saya sapukan hydrocortisone cream secara nipis. Tapi tak berhasil. Krim miconazole juga pernah saya sapukan kerana abang saya yg merupakan doktor di klinik kesihatan kata mungkin jangkitan kulat. Hasilnya tetap sama. Sekarang sudah berair pula. Saya dah dapatkan appoinment dengan dermatologist tapi appoinment yg saya dapat bulan 3 nanti. Saya risau. Apa yang saya patut buat sementara tunggu berjumpa dengan pakar bulan 3 nanti sedangkan bulatan semakin membesar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Jangkitan kuman ataupun fungi pada kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.