
Sulit
4 tahun
Ruam dan gatal-gatal
Saya ambil HAART 30.12.20 kemudian saya mengalami rumah dan gatal2 satu badan pada 6.1.21 dan dr suruh say berhenti HAART kemudian beri ubat alahan dan sambung ubat semula. Tetapi saya kembali rasa gatal2 namun belum keluar ruam. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah ruam dan gatal-gatal:
- Psoriasis
- Ekzema
- Reaksi ubat
- Gigitan serangga
- Alahan terhadap ubat atau bahan lain
- Sistem imun yang lemah menyebabkan seseorang mudah mengalami masalah dan sering mendapat jangkitan seperti kencing manis, penyakit HIV/AIDS, penyakit autoimun
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am dan anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan berbincang dengan doktor anda kerana masalah ini mungkin berpunca daripada ubat yang anda ambil ataupun berpunca dari faktor luaran. Rawatan hanya boleh diberi berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Alternatif lain, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami untuk penerangan lanjut. Terima kasih.