
Sulit
5 tahun
Ruam di punggung yang kemerahan dan meninggalkan kesan hitam serts bintik seperticjerawat
Saya wanita berumur 20an dan saya mendapati di punggung saya terdapat ruam mersh merah tapi tidak gatal. Bila saya lihat ada yang bintik tu sudah menjadi seperti jerawat . Adakah saya mengalami masalah kesihatan dalaman ye doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ruam merah pada punggung boleh disebabkan:
- Ekzema
- Psoriasis
- Alahan dermatitis (disebabkan kain seluar dalam tidak sesuai)
- Kurap
- Jangkitan kulit - sellulitis
Bagi merawat kondisi yang dialami anda, puncanya perlu diketahui agar rawatan bersesuaian boleh diberikan samada berbentuk krim atau ubat telan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.