Anonymous
6 tahun
Ruam gatal di bahagian tangan
Saya biasa mengalami ruam gatal namun kali ini ruam ini lambat pulih dan semakin banyak terutamanya di bahagian tangan
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ruam pada tangan boleh bermaksud pelbagai perkara. Ianya memerlukan maklumat tambahan seperti jenis, warna, pencetus serta sejarah kesihatan yang lain. Antara punca-punca biasa ruam gatal pada kulit adalah:
- Jangkitan kulat
- Gigitan serangga
- "scabies’/kudis
- Cacar air/Chicken pox
- Penyakit kulit - seperti ekzema
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































