Sulit
5 tahun
Ruam Gatal Gatal Merah Satu Badan
Saya wanita dalam 20-an. Saya selalu naik ruam gatal merah di tengkuk,lengan,perut,betis,paha,dada. Contohnya ruam gatal berbiji biji di kawasan betis, bila dah elok gatal akan naik di kawasan lain pula. Begitulah seterusnya.
Gatal gatal ni bila digaru boleh membengkak. Warna berubah menjadi merah gelap kehitaman. Kawasan gatal terasa sangat gatal, panas & pedih.
Saya merupakan pesakit SLE & thyroid storm. Situasi ini sudah lama berlarutan sejak saya keluar dari hospital. Mulanya saya ingatkan ruam ini disebabkan sensitif dengan habuk, kotor dll tapi bila sudah jaga kebersihan dengan teliti masalah ini tetap juga timbul.
Adakah gatal gatal ini ada kaitan dengan masalah autoimun yang saya hadapi?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah :
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti Systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.


































