Sulit
6 tahun
Ruam pada kulit muka
Saya mengalami masalah ruam pada muka yg teruk secara tiba-tiba. Kulit kemerahan, gatal dan muncul bintik putih seakan jerawat yg semakin merebak. Adakah sy patut pergi jumpa dermatologist atau general doctor? No changes to skin care recently. Tapi sy ada mengambil antibiotik (amoxicillin) recently after tooth extraction. Is it possible due to this?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jerawat
- Dermatitis
- Reaksi alahan terhadap ubat-ubatan yang diambil
- Jangkitan virus seperti Herpes Simplex Virus
- Chicken pox
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































