Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ruam panas yang menyebabkan panas badan Dan rasa hendak demam

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 22, 2020 10:03 AM

Sulit 6 hari

Saya berumur 42takun. Saya banyak berpeluh sehingga menyebabkan ruam panas pada ketiak saya. Apabila ruam ini mengering, ia berwarna gelap. Ada masanya rasa seperti bauang panas dikawasan itu dan menyebabkan badan saya juga panas. Sering kali berlaku tetapi tidak hingga menyebabkan demam panas kerana say sapu dengan aloe vera soothing gel.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 6 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami
Untuk makluman pihak anda, ruam panas merupakan keadaan biasa yang berlaku kepada bahagian kulit yang disebabkan kepanasan yang melampau. Selain itu juga masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.

  • Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat

  • Penyakit sopak garam iaitu urticaria

  • Penyakit vasculitis

  • Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)

  • Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 22 2020 10:03:47 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Ingin bertanya tentang masalah kulit Dan apakah cra mengatasinyaa Assalamualaikum dr. Saya nak bertanya, Saya ada pakai body wash dan sekarang rasa kesat. Tangan saya macam panas, kebas2 macam tu. Apa puncanya dan cara untuk mengatasinya . Baca lagi...
12 hari
Sulit
Saya mengalami ruam berwarna merah dia tangan dan kaki Hi doc. saya nak tanya tentang ruam dia tangan dan kaki sya. ruam itu berwarna merah kecik2 dan ruam tu on off. Ruam yg saya alami tak gatal. adakah dia hanya ruam biasa atau ruam hiv? Baca lagi...
13 hari
Sulit
Benjolan pada bulu roma Selamat malam doctor, Saya mendapati ada benjolan yang muncul pada bulu roma saya… Saya cuha menggerakkan bulu roma saya dan agak sakit sedikit. Selain itu, saya cuba untuk memegang benjolan pad… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Gatal gatal di jari tangan dan kaki Hye, umur saya 23 thun. Saya mengalami masalah gatal2 pada jari tgn dan jari2 kaki . saya dh menggunakan pelbagai jenis ubat di farmasi dn pernh berjumpa dgn dok tpi smpai skrg msih blum baik l… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Parut lama di kaki dan tangan Hi doctor, saya nak tanya, saya ada parut lama allergic dekat kulit saya banyak and saya cuba macam jenis lotion and ubat. bio oil, makan suppliment tapi parut masih tak hilang. boleh saya tahu … Baca lagi...
8 jam
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi